CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

FANS

Friday, December 14, 2012

EGO SEORANG MANUSIA

ego~ apa itu ego? apa pendapat korang bila zura sebut pasal ego? ala~ zura x reti nak definisikan maksud ego. tapi rasanya bila sebut pasal ego semua orang faham. sebuah perasaan yang ada pada setiap orang. ego setiap orang berlainan taraf dia. ada yang terlampau tinggi dan ada yang terlampau rendah. 

orang cakap ego lelaki lebih tinggi dari ego permpuan. betul ke tidak? fakta ke auta? no komen~ sebab zura pernah je jumpa lelaki yang ego dia sangat rendah dan perempuan yang ego dia sangat tinggi.

adakah ego itu bermaksud mementingkan diri sendiri? pada pendapat zura TIDAK! pada zura as long as kita pandai kawal ego kita, itu x bermaksud kita pentingkan diri. sebab kalau takde ego orang akan pijak kepala kita. orang akan mengambil kesempatan terhadap kita and permainkan perasaan kita. tapi jangan over sangat la ego tu.kadangkala kita nih ego tanpa kita sedari. bila ada orang cuba menunjukkan yang kita nih ego tinggi, kita akan cuba sedaya upaya untuk menidakkannya~ Haa… itulah ego~

but then once again, semua orang ada ego masing-masing. ZURA? sure la ada. zura ni seorang yang berego tinggi. dulu zura ingat ego ni tak bagus. zura cuba hilangkan perasaan ego ni jauh-jauh. sebab pada zura kalau ego kita tinggi sangat nanti akan jadi sombong and tak ramai kawan. tapi nak buang perasaan ego ni bukannya senang.

tapi sekarang zura bangga sebab zura ada ego yang agak tinggi. sebab ego ni banyak bantu zura. at least zura jadi seorang yang lebih kuat and independent . tak la terlalu bergantung kat orang lain. 

kadang-kadang ego tu boleh memakan diri sendiri. sebab ego kita boleh jadi sombong dan lupa diri. orang yang bajet hot, bajet pandai. pon sebenarnya orang yang terlebih ego.


apa yang zura belajar dan nak pesan kat semua orang ialah, pandai-pandai la jaga ego tu. jangan sampai ego tumemakan diri sendiri. zura pon tengah belajar nak kawal ego zura. 

biar kita kawal ego bukan ego kawal kita!!